Pasukan Petugas Khas Bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan (HWCITF) merumuskan tiada unsur buli dalam kes kematian doktor pelatih setelah ditemukan terjatuh dari bangunan kediamannya pada 17 April lalu.<br /><br />Menurut Pengerusinya, Profesor Datuk Ir Dr Siti Hamisah Tapsir, dapatan tersebut adalah hasil analisis laporan dan pengesahan insiden kematian Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) di Hospital Pulau Pinang.